Halaman

Rabu, Mac 04, 2009

نحو/NAHU: Pelajaran 3: Cara Mengenal Isim Mu'annath yang tiada tanda pada zahir perkataan.

ستدل على تأنيڽ ما لا علامة فيه ظاهرة من الأسماء

١- يعود الضمير إليه مؤنثا
نحو : الكتف نهشتها
العين كحلتها

٢- بما أشبه ذلك كوصف بالمؤنث
نحو : أكلت كتفا مشوية

٣- رد التاء إليه فى التصغير
نحو : كتيفة ، يدية

Pada pertemuan kali ini kita akan menyentuh sedikit tentang cara-cara mengenal pasti sesuatu isim itu adalah mu'annath (isim-isim mu'annath yang tiada tanda-tanda mu'annath pada zahirnya)



1. DHAMIR (ganti nama) yang kembali kepada perkataan itu adalah mu'annath.

Contoh : الـْـكـَــتـِــفُ نـَــهـَــشـَــتـْــهـَــا

Penerangan: الـْـكـَــتـِــفُ pada zahirnya tiada tanda mu'annath seperti ة, alif maqsurah (ى : huruf ya tanpa titik / alif bengkok) atau alif mamdudah (huruf alif diikuti oleh huruf hamzah pada akhir perkataan اء)

NAMUN

نـَــهـَــشـَــتـْــهـَــا (asal feel: نـَــهـَــشَ - يـَــنـْــهـَــشُ )
نـَــهـَــشـَــتْ : menunjukkan perbuatan (mengunggis) itu kembali kepada mu'annath.'هـِــىَ'. (Jika muzakkar نـَــهـَــشَ , bukan نـَــهـَــشـَــتْ)

هـَــا : dhamir (ganti nama) kembali kepada mu'annath. (jika muzakkar 'هُ, bukan هـَــا'

Oleh yang demikian الـْـكـَــتـِــفُ adalah isim mu'annath.

Demikian juga contoh الـْــعـَــيـْــنُ كـَــحـَــلـَــتـْــهـَا

الـْــعـَــيـْــنُ : mata

كـَــحـَــلـَــتْ : celak, (asal feel كـَــحـَــلَ - يـَــكـْــحـَــلُ / يـَــكـْــحـُــلُ)

هـَا : nya

تْ : menunjukkan perbuatan (mencelak) itu kembali kepada mu'annath.
هـَــا : dhamir (ganti nama) kembali kepada mu'annath. (jika muzakkar 'هُ, bukan هـَــا'

2. SIFAT bagi isim tersebut adalah mu'annath.

Contoh : أ َكـَــلـْــتُ كـَــتـِــفـًا مـَــشـْــو ِيـَّـةً : Saya telah memakan bahu bakar (daging bahagian bahu yang dimasak dengan cara 'membakar')

Penerangan : مـَــشـْــو ِيـَّـةً adalah sifat bagi كـَــتـِــفـًا

Oleh yang demikian الـْـكـَــتـِــفُ adalah isim mu'annath kerana sekiranya كـَــتـِــفـًا adalah isim muzakkar maka sifat baginya adalah مـَــشـْــو ِيٌّ bukan مـَــشـْــو ِيـَّـةً

~harap-harap anda tidak pening dengan penerangan saya ini~

3. TASGHIR. Huruf ta marbutah (ة) dikembalikan kepada isim itu ketika ditasghirkan.

Apa itu tasghir? Tasghir maknanya pengurangan, pengecilan, the diminutive pattern

Contoh : كـَـتــِـفٌ : bahu , كـُــتـَــيـْــفـَــةٌ : bahu yang kecil

يـَــدٌ : tangan , يـُــدَيــة : tangan yang kecil

هـِــرٌّ : kucing , هـُــرَيـْــرَةٌ : kucing yang kecil
(أ َبـُــو هـُــرَيـْــرَة : gelaran bagi seorang sahabat r.a yang amat suka dengan kucing hinggakan dalam lengan bajunya pun ada kucing)


Jawapan teka-teki : http://belajar-bahasa-arab-mykrk.blogspot.com/2009/02/nahu-pelajaran-3-contoh-contoh-alif.html



Mari kita belek-belek kamus, cari makna cerek dalam Bahasa Arab:

1. KAMUS ADIK susunan Abu 'Amiir 'Izzat. 2000. Terengganu: Pustaka Darul Iman m.s 22
إِبْرِيقٌ كَهْرَبَائِيٌّ (cerek elektrik, electrical kettle)

2. KAMUS BERGAMBAR susunan Humaira dan Fadhilatul Akhtar. 2002. Kuala Lumpur: Penerbitan Fargoes Sdn. Bhd. m.s 22
إِبْرِيقٌ كَهْرَبَائِيٌّ (cerek elektrik, electrical kettle)

3. KAMUS BERGAMBAR susunan Othman Puteh, Talib Abdullah, L.Shirley. 2007. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. m.s 20
غـَــلاَّيـَـةٌ كـَــهـْــرَبـَــائـِــيـَّــةٌ (cerek elektrik, electrical kettle)

4. http://www.e-alqamus.com.my/v4/utama.aspx

إ ِبـْـر ِيـْــقٌ (cerek, teko, kettle, teapot)
غـَــلاَّيـَـةٌ (cerek, boiler, kettle,مِرْجَلٌ)
إِبْرِيقٌ كَهْرَبَائِيٌّ (cerek elektrik, electrical kettle)
مِحَمٌّ (kendi, cerek, boiler, kettle, إ ِبـْـر ِيـْــقٌ)

5.
محمد إدريس عبد الرءوف المربوى . ربيع الثانى ١٣٥٤ هجره قاموس ادريس المربوى عربى – ملايو . بيروت : دار الفكر
m.s ٣
إ ِبـْـر ِيـْــقٌ (Jenis kendi daripada tembikar atau tembaga)
إ ِبـْـر ِيـْــقُ الـْــقـَــهـْـوَةِ (teko air kopi)
إ ِبـْـر ِيـْــقُ الشـَّــاي (teko air teh)

m.s ٦٧
غـَــلاَّ يـَــةٌ (bekas mendidihkan air)

Soalan teka-teki:
Ali anak Pak Kudus,
suka main getah,
ditetak tidak putus,
dipotong tidak patah.


Rujukan:
1. جمال الدين محمد بن عبد الله بن مالك رحمهما الله شرح ابن عقيل على اللالفية سنقافوره وفينغ مكــــتبة ومطبعة سليمان مرعى . موك سورت: ١٦٩
2.محمد إدريس عبد الرءوف المربوى . ربيع الثانى ١٣٥٤ هجره قاموس ادريس المربوى عربى – ملايو . بيروت : دار الفكر
3. http://www.e-alqamus.com.my/v4/utama.aspx
4. KAMUS ADIK. Abu 'Amiir 'Izzat. 2000. Terengganu: Pustaka Darul Iman m.s 22
5.KAMUS BERGAMBAR. Humaira dan Fadhilatul Akhtar. 2002. Kuala Lumpur: Penerbitan Fargoes Sdn. Bhd. m.s 22
6.KAMUS BERGAMBAR. Othman Puteh, Talib Abdullah, L.Shirley. 2007. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. m.s 20