Memaparkan catatan dengan label نحو : nahu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label نحو : nahu. Papar semua catatan

Jumaat, Mei 22, 2009

نحو/NAHU: Pelajaran 3: Isim Ada 2 Bhg. Muzakkar (Lelaki/ Jantan) Mu'annath (Perempuan/ Betina) Jawapan Tamrin / Latihan

Ini adalah entri yang terhutang, ia sepatutnya diterbitkan pada 6.5.2009.

١- عين فى الأسماءِ الآتية المذكر، والمؤنث
1. Kategorikan nama-nama di bawah ini samada lelaki (jantan) atau perempuan (betina):

نـَــبـِــيٌّ ، قـِــمـَــطـْــرٌ ، جـَــائـِــز َة ٌ ، خـَــنـْــسـَــاءٌ ، حـرب ، مــعــاوية ، رغـيــف ، بــحــر ، ســلمــى ، عــثــمــان
Jawapan:
*sila klik jadual di atas untuk melihat tulisan dengan lebih jelas.

٢- بين المذكر والمؤنث، وعلامته إن وجدت فى الأسماء الآتية
2. Jelaskan yang mana lelaki (jantan) dan perempuan (betina) serta berikan tandanya (sekiranya ada) pada nama-nama di bawah ini:

كرسي ، بيداء ، زينب ، دار ، أ ُذن ، حجرة ، ليلى مؤدب ، إبراهيم ، على ، قائد ، إنسان
Jawapan:
*sila klik jadual di atas untuk melihat tulisan dengan lebih jelas.

٣-  ما نوع المؤنث فيما يأتى؟
3.Nyatakan golongan perempuan (betina) perkataan-perkataan berikut, samada lafzi, ma'nawi atau majazi:

صفيـَّــة ، أرض ، سعدى ، كتف ، سعاد ، ريح ، حائض عصا ، طرفة ، زكريا ، عـِــير ، جهنم
Jawapan:*sila klik jadual di atas untuk melihat tulisan dengan lebih jelas.

Soalan teka teki lalu:
1. Binatang apakah yang semua anggota badannya di kepala?
2. Berkopiah bukannya ustaz, berjubah putih bukannya hafiz, berekor bukannya serban. Aaaaapa dia?


Jawapan:
1. Kutu
2. Taugeh


Tajuk berkaitan:
1.
Gambarajah dan contoh
2.
Penerangan
3.
Alif Maqsurah
4.
Alif Mamdudah
5.
Tip mengenal mu'annath
6.
Soalan latihan

Rujukan:
1. زكي على سويلم وعبد السميع محمد السنباطى .تيسير النحو للصف الأول الأعدادى قدح دار الأمان : الناشر سنديرين برحد بمليزيا (بإذن رئيس قطاع المعاهد بالأزهر الشريف) صفحة٩٣-٩٤
3. http://kamus.javakedaton.com/index.php?option=com_content&task=view&id=19&Itemid=1
4.محمد إدريس عبد الرءوف المربوى . ربيع الثانى ١٣٥٤ هجره قاموس ادريس المربوى عربى – ملايو بيروت : دار الفكر

Khamis, April 02, 2009

نحو/NAHU: Pelajaran 3: Isim Ada 2 Bhg. Muzakkar (Lelaki/ Jantan) Mu'annath (Perempuan/ Betina) Tamrin / Latihan


١- عين فى الأسماءِ الآتية المذكر، والمؤنث
1. Kategorikan nama-nama di bawah ini samada lelaki (jantan) atau perempuan (betina):

نـَــبـِــيٌّ ، قـِــمـَــطـْــرٌ ، جـَــائـِــز َة ٌ ، خـَــنـْــسـَــاءٌ ، حـرب ، مــعــاوية ، رغـيــف ، بــحــر ، ســلمــى ، عــثــمــان






٢- بين المذكر والمؤنث، وعلامته إن وجدت فى الأسماء الآتية

2. Jelaskan yang mana lelaki (jantan) dan perempuan (betina) serta berikan tandanya (sekiranya ada) pada nama-nama di bawah ini:

كرسي ، بيداء ، زينب ، دار ، أ ُذن ، حجرة ، ليلى مؤدب ، إبراهيم ، على ، قائد ، إنسان





٣- ما نوع المؤنث فيما يأتى؟

Nyatakan golongan perempuan (betina) perkataan-perkataan berikut, samada lafzi, ma'nawi atau majazi:

صفيـَّــة ، أرض ، سعدى ، كتف ، سعاد ، ريح ، حائض عصا ، طرفة ، زكريا ، عـِــير ، جهنم



air - الـْــمـَاء - water

Soalan teka teki:
1. Binatang apakah yang semua anggota badannya di kepala?
2. Berkopiah bukannya ustaz, berjubah putih bukannya hafiz, berekor bukannya serban. Aaaaapa dia?


Gambarajah dan contoh
Penerangan
Alif Maqsurah
Alif Mamdudah
Tip mengenal mu'annath

Rujukan:

1. زكي على سويلم وعبد السميع محمد السنباطى . تيسير النحو للصف الأول الأعدادى قدح دار الأمان : الناشر سنديرين برحد بمليزيا (بإذن رئيس قطاع المعاهد بالأزهر الشريف) ص. ٩٢

Rabu, Mac 04, 2009

نحو/NAHU: Pelajaran 3: Cara Mengenal Isim Mu'annath yang tiada tanda pada zahir perkataan.

ستدل على تأنيڽ ما لا علامة فيه ظاهرة من الأسماء

١- يعود الضمير إليه مؤنثا
نحو : الكتف نهشتها
العين كحلتها

٢- بما أشبه ذلك كوصف بالمؤنث
نحو : أكلت كتفا مشوية

٣- رد التاء إليه فى التصغير
نحو : كتيفة ، يدية

Pada pertemuan kali ini kita akan menyentuh sedikit tentang cara-cara mengenal pasti sesuatu isim itu adalah mu'annath (isim-isim mu'annath yang tiada tanda-tanda mu'annath pada zahirnya)



1. DHAMIR (ganti nama) yang kembali kepada perkataan itu adalah mu'annath.

Contoh : الـْـكـَــتـِــفُ نـَــهـَــشـَــتـْــهـَــا

Penerangan: الـْـكـَــتـِــفُ pada zahirnya tiada tanda mu'annath seperti ة, alif maqsurah (ى : huruf ya tanpa titik / alif bengkok) atau alif mamdudah (huruf alif diikuti oleh huruf hamzah pada akhir perkataan اء)

NAMUN

نـَــهـَــشـَــتـْــهـَــا (asal feel: نـَــهـَــشَ - يـَــنـْــهـَــشُ )
نـَــهـَــشـَــتْ : menunjukkan perbuatan (mengunggis) itu kembali kepada mu'annath.'هـِــىَ'. (Jika muzakkar نـَــهـَــشَ , bukan نـَــهـَــشـَــتْ)

هـَــا : dhamir (ganti nama) kembali kepada mu'annath. (jika muzakkar 'هُ, bukan هـَــا'

Oleh yang demikian الـْـكـَــتـِــفُ adalah isim mu'annath.

Demikian juga contoh الـْــعـَــيـْــنُ كـَــحـَــلـَــتـْــهـَا

الـْــعـَــيـْــنُ : mata

كـَــحـَــلـَــتْ : celak, (asal feel كـَــحـَــلَ - يـَــكـْــحـَــلُ / يـَــكـْــحـُــلُ)

هـَا : nya

تْ : menunjukkan perbuatan (mencelak) itu kembali kepada mu'annath.
هـَــا : dhamir (ganti nama) kembali kepada mu'annath. (jika muzakkar 'هُ, bukan هـَــا'

2. SIFAT bagi isim tersebut adalah mu'annath.

Contoh : أ َكـَــلـْــتُ كـَــتـِــفـًا مـَــشـْــو ِيـَّـةً : Saya telah memakan bahu bakar (daging bahagian bahu yang dimasak dengan cara 'membakar')

Penerangan : مـَــشـْــو ِيـَّـةً adalah sifat bagi كـَــتـِــفـًا

Oleh yang demikian الـْـكـَــتـِــفُ adalah isim mu'annath kerana sekiranya كـَــتـِــفـًا adalah isim muzakkar maka sifat baginya adalah مـَــشـْــو ِيٌّ bukan مـَــشـْــو ِيـَّـةً

~harap-harap anda tidak pening dengan penerangan saya ini~

3. TASGHIR. Huruf ta marbutah (ة) dikembalikan kepada isim itu ketika ditasghirkan.

Apa itu tasghir? Tasghir maknanya pengurangan, pengecilan, the diminutive pattern

Contoh : كـَـتــِـفٌ : bahu , كـُــتـَــيـْــفـَــةٌ : bahu yang kecil

يـَــدٌ : tangan , يـُــدَيــة : tangan yang kecil

هـِــرٌّ : kucing , هـُــرَيـْــرَةٌ : kucing yang kecil
(أ َبـُــو هـُــرَيـْــرَة : gelaran bagi seorang sahabat r.a yang amat suka dengan kucing hinggakan dalam lengan bajunya pun ada kucing)


Jawapan teka-teki : http://belajar-bahasa-arab-mykrk.blogspot.com/2009/02/nahu-pelajaran-3-contoh-contoh-alif.html



Mari kita belek-belek kamus, cari makna cerek dalam Bahasa Arab:

1. KAMUS ADIK susunan Abu 'Amiir 'Izzat. 2000. Terengganu: Pustaka Darul Iman m.s 22
إِبْرِيقٌ كَهْرَبَائِيٌّ (cerek elektrik, electrical kettle)

2. KAMUS BERGAMBAR susunan Humaira dan Fadhilatul Akhtar. 2002. Kuala Lumpur: Penerbitan Fargoes Sdn. Bhd. m.s 22
إِبْرِيقٌ كَهْرَبَائِيٌّ (cerek elektrik, electrical kettle)

3. KAMUS BERGAMBAR susunan Othman Puteh, Talib Abdullah, L.Shirley. 2007. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. m.s 20
غـَــلاَّيـَـةٌ كـَــهـْــرَبـَــائـِــيـَّــةٌ (cerek elektrik, electrical kettle)

4. http://www.e-alqamus.com.my/v4/utama.aspx

إ ِبـْـر ِيـْــقٌ (cerek, teko, kettle, teapot)
غـَــلاَّيـَـةٌ (cerek, boiler, kettle,مِرْجَلٌ)
إِبْرِيقٌ كَهْرَبَائِيٌّ (cerek elektrik, electrical kettle)
مِحَمٌّ (kendi, cerek, boiler, kettle, إ ِبـْـر ِيـْــقٌ)

5.
محمد إدريس عبد الرءوف المربوى . ربيع الثانى ١٣٥٤ هجره قاموس ادريس المربوى عربى – ملايو . بيروت : دار الفكر
m.s ٣
إ ِبـْـر ِيـْــقٌ (Jenis kendi daripada tembikar atau tembaga)
إ ِبـْـر ِيـْــقُ الـْــقـَــهـْـوَةِ (teko air kopi)
إ ِبـْـر ِيـْــقُ الشـَّــاي (teko air teh)

m.s ٦٧
غـَــلاَّ يـَــةٌ (bekas mendidihkan air)

Soalan teka-teki:
Ali anak Pak Kudus,
suka main getah,
ditetak tidak putus,
dipotong tidak patah.


Rujukan:
1. جمال الدين محمد بن عبد الله بن مالك رحمهما الله شرح ابن عقيل على اللالفية سنقافوره وفينغ مكــــتبة ومطبعة سليمان مرعى . موك سورت: ١٦٩
2.محمد إدريس عبد الرءوف المربوى . ربيع الثانى ١٣٥٤ هجره قاموس ادريس المربوى عربى – ملايو . بيروت : دار الفكر
3. http://www.e-alqamus.com.my/v4/utama.aspx
4. KAMUS ADIK. Abu 'Amiir 'Izzat. 2000. Terengganu: Pustaka Darul Iman m.s 22
5.KAMUS BERGAMBAR. Humaira dan Fadhilatul Akhtar. 2002. Kuala Lumpur: Penerbitan Fargoes Sdn. Bhd. m.s 22
6.KAMUS BERGAMBAR. Othman Puteh, Talib Abdullah, L.Shirley. 2007. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. m.s 20

Selasa, Februari 03, 2009

نحو/NAHU: Pelajaran 3: Contoh-contoh Alif Mamdudah


Berikut saya kemukakan pula wazan-wazan serta contoh-contoh alif mamdudah iaitu huruf alif yang terletak di akhir sesuatu perkataan diikuti dengan huruf hamzah. Jika anda menjumpai perkataan-perkataan sebegini, sudah pasti ianya mu'annath / perempuan /betina. Mungkin anda merasa ianya terlalu banyak atau mendalam. Jika demikian anggap saja ianya sebagai 'pengayaan'.

Objektif saya ialah di akhir pelajaran 3 ini nanti, anda akan dapat menjawab soalan-soalan yng diberi dengan mudah atau 'macam makan kacanglah!'. Kalau kurang enjoy juga apa kata dalam pelajaran Nahu minggu 1 ini saya beri teka-teki. Tapi sorrylah blog ini memang diset untuk 'sehala' saja atas sebab-sebab yang hanya Allah dan tuan rumah saja yang tahu.

Jawapannya akan diberi pada pelajaran Nahu minggu terakhir, insyaAllah. Ok? Belajar kena happy!


















Nota di atas diringkaskan menjadi syair di bawah ini yang terdapat dalam rujukan no. 1.



Teka-teki:
Bila panas ia bertempik,
memberi amaran kepada manusia,
penumpangnya memekik-mekik,
minta dicampur dengan gula.


Jawapan

Tamrin / Latihan

Rujukan:
1. جمال الدين محمد بن عبد الله بن مالك رحمهما الله شرح ابن عقيل على اللالفية سنقافوره وفينغ مكــــتبة ومطبعة سليمان مرعى . موك سورت: ١٧٢
2.محمد إدريس عبد الرءوف المربوى . ربيع الثانى ١٣٥٤ هجره قاموس ادريس المربوى عربى – ملايو . بيروت : دار الفكر
3. http://www.e-alqamus.com.my/v4/utama.aspx


Khamis, Januari 15, 2009

نحو/NAHU: Pelajaran 2: Perkataan Ada 3 Bahagian: الإسم والفعل والحرف (penerangan versi English)

sila klik tajuk di atas untuk melihat penerangan versi Bahasa Melayu.

SYNTAX
النحو

DEFINITION:
that knowledge which shows us how to join a noun, verb and particle to form a correct sentence as well as what the condition (i 'raab) of the last letter of a word should be.

SUBJECT MATTER :
words and sentences.

OBJECT :
to ultimately understand the Quraan and Hadeeth, thereby gaining the pleasure of Allah Ta'aalaa.

THE WORD
الكــلـــمة

There are three types of words :
1. اسم (Noun)
2. فعل (Verb)
3. حرف (Particle)

1. Noun
: name of a person, place or object.
: does not have any tense.
eg. رَجـُــلٌ man الـْـبـَـيـْـتُ the house
NB. A noun can never have a tanween and an ال at the same time.

2. Verb :
: that word which denotes an action.
: has a tense.
eg. ضـَــرَبَ He hit. نـَـصـَـرَ He helped.
NB. A verb can never have a tanween or an ال

3. Particle :
: that word, the meaning of which cannot be understood without joining a noun or verb or both
to it.
eg.
مـِـنْ from عـَــلـَــى on top
Rujukan :
تسهيل النحو ARABIC GRAMMAR - SYNTAX - MADE EASY . MADRASAH ISLAMIYYAH BENONI

Selasa, Januari 13, 2009

نحو/NAHU: Pelajaran 3: Contoh-contoh Alif Maqsurah


Dalam pelajaran Nahu kali ini, kita fokus kepada contoh-contoh alif maqsurah beserta wazannya sekali. Dah nama blog ni Belajar B.Arab ala sekolah pondok kan. Jom kita tinjau-tinjau apa yang terkandung dalam kitab kuning. Jangan panik, cuma perhatikan sahaja pada kolum kedua yang bertajuk 'نحو - contoh'. Tak payah susah-susah nak hafal, jangan risau!

Perkataan-perkataan tersebut dikategorikan sebagai 'mu'annath / perempuan / betina'. Sebelum itu, untuk pengetahuan saudara, contoh-contoh tersebut telah digarap dalam bentuk syair seperti di bawah ini. Orang Arab ni kan, belajar Nahu pun guna syair........















Alamak, ada yang tanya jawapan teka-teki pulak........ jawapannya....."saya, Turtlehed saya boleh klua, boleh masuk..... hi hi..... 





Tamrin / Latihan

Isnin, November 17, 2008

نحو/NAHU: Pelajaran 3: Contoh Dan Penerangan مـُــذ َكـَــر وَمُــؤَنـَّــثٍ (Lelaki / Jantan, Perempuan / Betina)

Gambarajah Pelajaran 3 : http://belajar-bahasa-arab-mykrk.blogspot.com/2008/11/blog-post.html

تـَـقـْـسـِـيـْــمُ الإسْــم إلـَــى مـُــذ َكـَّــر وَمُــؤَنـَّــثٍ
الأمـْــثـِــلـَــة
(١)
أ َبـُــو بـَكـْـر كـَــان َ خـَــيـْــرَ مـِـثـَــال ٍ فـِى الــصـداقة
(ب)
عـَـائِشـَـة ُ أ ُمّ الـْـمُـؤ ْمـِــنـِـيـْــنَ كـَــانـَـت ْ مـصـدر الـفــتوى
لـَــيـْــلى الـــعـَــامـِــريـَّـــة امـْــرأ َة فـاضــِـلـَــةٌ
أ َسـْــمــاءُ بـِــنـْــت أ َبـِــى بــَــكْــر خـَــيـْــر مـِــثـَــال لِـلــمـرأةِ الـْــمـُــؤ ْ مـِـنـَــةِ
(ج)
هـِــنـْــدُ ز َوْجـَــة أ َبـِــى سـُفـْــيَــان فـَــعـَــلـَــت ْ فـعــلــة شــنعــاءَ
(د)
حـَــمْــزة عـم الـرسـول اسْــتـُـشــْــهــد فـى غـزوة أحــد
(ه)
الشــَّــــمـس آية من آيـات اللهِ

Penerangan:

ISIM TERBAHAGI KEPADA:

1. Muzakkar مـُــذ َكـَّــر (lelaki / jantan)

2. Mu'annath مُــؤَنـَّــثٍ (perempuan / betina)

Berdasarkan pemerhatian terhadap contoh-ccontoh tersebut, dapat kita simpulkan bahawa terdapat;

1. Contoh muzakkar مـُــذ َكـَّــر (lelaki / jantan)

أ َبـُــو بـَكـْـر كـَــان َ خـَــيـْــرَ مـِـثـَــال ٍ فـِى الــصـداقة

(Abu Bakar r.a adalah contoh terbaik dalam persahabatan)

Contoh-contoh lain: http://belajar-bahasa-arab-mykrk.blogspot.com/2008/11/bahasa-pelajaran-1-kamus.html


************************************************************************

2. Contoh mu'annath مُــؤَنـَّــثٍ (perempuan / betina)

Tanda-tanda yang menunjukkan perkataan tersebut mu'annath ialah samada:

i. Huruf ta marbutah (تاء مربوطة) iaitu huruf 'ta bulat': (paling banyak digunakan)

عـَـائِشـَـة ُ أ ُمُّ الـْـمُـؤ ْمـِــنـِـيـْــنَ كـَــانـَـت ْ مـصـدر الـفــتوى

(Aisyah ummul mukminin merupakan tempat rujukan - untuk mendapat fatwa)


ii. Alif maqsurah (الف مقصورة) iaitu 'alif bengkok' atau huruf ya tanpa titik:

لـَــيـْــلـَى الـــعـَــامـِــريـَّـــة امـْــرأ َة ٌ فـاضــِـلـَــة

(Laila Al-'Amiriyah perempuan yang baik / berbakti / berjasa)


iii. Alif mamdudah (الف ممدودة) iaitu perkataan yang diakhiri dengan huruf alif tambahan dan hamzah:

أ َسـْــمــاءُ بـِــنـْــت أ َبـِــى بــَــكْــر خـَــيـْــر مـِــثـَــال لِـلــمـرأةِ الـْــمـُــؤ ْ مـِـنـَــةِ

(Asma' binti Abu Bakar sebaik-baik teladan bagi wanita beriman)


Walau bagaimanapun:

************************************************************************
Kadang-kala perkataan itu sebenarnya mua'annath tetapi tiada langsung tanda-tanda mu'annath.

Contoh :هـِــنـْــدُ ز َوْجـَــة أ َبـِــى سـُفـْــيَــان فـَــعـَــلـَــت ْ فـعــلــة شــنعــاء

(Hindun isteri Abu Sufyan telah melakukan perbuatan yang amat buruk / keji)

Hindun ialah nama orang perempuan.

Oleh itu perkataan ini digelar mu'annath ma'nawiy (مؤنث معنوى).

Contoh-contoh lain:

ز َيـْـنـَـب : Zainab - nama orang perempuan.

أ ُمٌّ: ibu, emak - tentulah orang perempuan kan!

حـَــائـِـضٌ : orang yang haidh - lelaki ada haidh ke? huhu. Ha! Ada teka-teki... banyak-banyak binatang, binatang aaaaapa yang keluar hed?..... orang utan? Ikan paus????? Jawapannya dlm pelajaran Nahu akan datang. 


Jawapan teka teki

سـُــعـَــاد : nama orang perempuan (orang Arab biasalah, Melayu jarang dengar)

Sebaliknya:

************************************************************************

Kadang-kala wujud tanda mu'annath (huruf ta bulat contohnya) tetapi perkataan itu sebenarnya muzakkar (lelaki / jantan).
eh, macam mana nak kenal? Oh, senang je nak kenal, kalau dah nama Hamzah! Perempuan ke tu?.........ha'a, la..... Waduh-waduh..... kena lagi!

Contoh:حـَــمْــزة عـم الـرسـول اسْــتـُـشــْــهــد فـى غـزوة أحــد

(Hamzah, bapa saudara Rasulullah s.a.w. syahid di dalam Peperangan Uhud)


Oleh itu perkataan ini digelar mu'annath lafziy
(مؤنث لفظى)

Contoh lain:طـَـلـْــحـَة - nama orang lelaki / sahabat Nabi r.a

************************************************************************

Ada juga perkataan yang mu'annath (perempuan / betina) tetapi- bukan hakiki - cuma dari segi 'perbuatannya' - ketika memerhatikannya di dalam ayat, seperti feel atau dhamir ( هــذه، ها، كِ ) dan lain-lain, bukannya( هُ ، هــذا، كَ ) yang 'kembali' kepadanya adalah mu'annath.

(Untuk mengenal pasti memerlukan banyak pembacaan).

Contoh:

الشــَّــــمـس آية من آيـات اللهِ

(Matahari adalah salah satu daripada tanda-tanda kebesaran Allah)

Oleh itu perkataan ini digelar mu'annath majazi (مؤنث مجازى)

Contoh-contoh lain:

أ َرْض - tanah

ر ِيـْــحٌ - angin

ثـُــرَيـَّـا - bintang

جـَــهـَــنـَّــم - 'nama neraka'

ahaks, jangan marahlah orang perempuan! Macam nama-nama angin puting beliung kan semuanya dinamakan dengan nama perempuan? Ha, orang Arab pun lebih kurang macam tu jugaklah gamaknya......... sabo jelah!

الـْـجـَــار - jiran

عـَــيـْــن - mata (anggota badan yang 'sepasang')

كـَــتـِــف - bahu (anggota badan yang 'sepasang')

أ ُذ ُن - telinga (anggota badan yang 'sepasang')

ر ِجـْــلٌ - kaki (anggota badan yang sepasang)

Link berkaitan:

http://www.geocities.com/lidah_arab/pelajaran1.html

http://muslim.or.id/badar/bahasa-arab-dasar-13-mudzakkar-muannats.html/



Tamrin / Latihan


Rujukan:

1. زكي على سويلم وعبد السميع محمد السنباطى . تيسير النحو للصف الأول الأعدادى قدح دار الأمان : الناشر سنديرين برحد بمليزيا (بإذن رئيس قطاع المعاهد بالأزهر الشريف) ص. ٩١

2. جمال الدين محمد بن عبد الله بن مالك رحمهما الله . شرح ابن عقيل على اللالفية. سنقافوره وفينغ : مكــــتبة ومطبعة سليمان مرعى . ص.١٦٨-١٦٩

3. محمد إدريس عبد الرءوف المربوى . ربيع الثانى ١٣٥٤ ه . قاموس ادريس المربوى عربى – ملايو . بيروت : دار الفكر

Rabu, November 05, 2008

نحو/NAHU: Pelajaran 3: Isim Ada 2 Bhg. Muzakkar (Lelaki/ Jantan) Mu'annath (Perempuan/ Betina)

Pelajaran Sebelum Ini : http://belajar-bahasa-arab-mykrk.blogspot.com/2008/08/perkataan-ada-3-bhg.html







تـَـقـْـسـِـيـْــمُ الإسْــم إلـَــى مـُــذ َكـَــر وَمُــؤَنـَّــثٍ
الأمـْــثـِــلـَــة
(١)
أ َبـُــو بـَكـْـر كـَــان َ خـَــيـْــرَ مـِـثـَــال ٍ فـِى الــصـداقة
(ب)
عـَـائِشـَـة ُ أ ُمّ الـْـمُـؤ ْمـِــنـِـيـْــنَ كـَــانـَـت ْ مـصـدر الـفــتوى
لـَــيـْــلى الـــعـَــامـِــريـَّـــة امـْــرأ َة فـاضــِـلـَــةٌ
أ َسـْــمــاءُ بـِــنـْــت أ َبـِــى بــَــكْــر خـَــيـْــر مـِــثـَــال لِـلــمـرأةِ الـْــمـُــؤ ْ مـِـنـَــةِ
(ج)
هـِــنـْــدُ ز َوْجـَــة أ َبـِــى سـُفـْــيَــان فـَــعـَــلـَــت ْ فـعــلــة شــنعــاءَ
(د)
حـَــمْــزة عـم الـرسـول اسْــتـُـشــْــهــد فـى غـزوة أحــد
(ه)
الشــَّــــمـس آية من آيـات اللهِ



Penerangan: http://belajar-bahasa-arab-mykrk.blogspot.com/2008/11/nahu-pelajaran-3-contoh-lelaki-jantan_17.html

Rujukan:

1. زكي على سويلم وعبد السميع محمد السنباطى . تيسير النحو للصف الأول الأعدادى قدح دار الأمان : الناشر سنديرين برحد بمليزيا (بإذن رئيس قطاع المعاهد بالأزهر الشريف) ص. ٩١

Khamis, Oktober 16, 2008

نحو/NAHU: Jawapan Latihan Pelajaran 1: Perkataan & Ayat الكـــلمة والكلام/جملة مفيدة/جملة

Soalan:http://belajar-bahasa-arab-mykrk.blogspot.com/2008/08/perkataan-ayat.html

(1)

i- الـْـوَطـَـنُ عَـز ِيْزٌ

ii-الأخـْـلاقُ حِــصـْـنٌ

ii-الرَّضا سَعَــادَةٌ


(2)

i- الجندية شَـرَفٌ

ii-الـْـعـِـــلـْـــمُ رفعة

iii-الأمرُ شورَى


(3)

i-مالزيّ مهد الـْـحضارة

ii- السلام أ ُمْـنِــيَّـة ُالـْـمُخـْـلِـصِـيْـنَ

ii-الأزهـــر جامعة إسلامية


(4) خـَــيْـرُ النـَّـاسِ فـِـى هَـٰـذِهِ الـْـحَـيـَاةِ الـْـعـَـامـِـلـُونَ


(5)

نحو/NAHU: Jawapan Latihan Pelajaran 2: Perkataan ada 3 bahagian: الإسم والفعل والحرف


Sabtu, September 27, 2008

نحو/NAHU : Kepentingan Mempelajari Ilmu Nahu


KEPENTINGAN MEMPELAJARI ILMU NAHU ( النحو) : TATABAHASA

Mengetahui ilmu nahu adalah amat penting kerana dengan bertukar dan berubahnya i’rab
(اِعـْـرَاب - sebutan / baris huruf akhir sesuatu perkataan), maka makna juga akan berubah dan untuk menentukan sesuatu i’rab itu bergantung kepada ilmu nahu.


Rujukan:

Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya r.alaih. 2002. FADHILAT AL-QUR'AN. Kuala Lumpur : Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s 23

Sabtu, Ogos 23, 2008

نحو/NAHU: Pelajaran 2: Perkataan Ada 3 Bahagian: الإسم والفعل والحرف

sila klik tajuk di atas untuk penerangan versi English.



PERKATAAN : أقسام الكلمة وتعـريف كل منها

Perkataan-perkataan dalam Bahasa Arab boleh dikategorikan kepada 3 kategori.

Mula-mula, sila perhatikan contoh berikut beserta mafhumnya:

قال تعالى
فـَـالـْـيـَـنـظـُر ِ الإنـسـَـانُ إلَى طـَعـَـامِهِ 24

أ َنـَّـا صَبَبْنـَـا الـْـمَـآءَ صَـبًّا 25

ثـُـمَّ شـَـقـَقـْـنـََا الأ َرْضَ شـَـقـًّا 26
فـَـأ َنـبَتـْـنـَـا فِـيهَا حَبًّا 27

وَعـِـنـَـبـًا وَقـَضـْـبـًا 28

زَيْتـُونـًاوَ َنـَـخـْـلا ً 29

وَحَدَائـِق َ غـُلـْبًا 30

وَفـَاكِهَة ً وَأ َبًّا 31

مَتـَـاعًا لـَّكـُـــمْ وَ ِلأ َنـْعَامِكـُـــم 32

( سورة عبس من الأية 24 إلى الأية 32)


Mafhumnya :

24- ( Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya)
25- Sesungguhnya Kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan.
26- Kemudian Kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan,
27- lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian,
28- dan buah anggur serta sayur-sayuran,
29- dan zaitun serta pohon-pohon kurma,
30- dan taman-taman yang menghijau subur,
31- dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput,
32- untuk kegunaan kamu dan binatang ternak kamu.


Penerangan:

(1) Perkataan-perkataan (الكلمات):



الإنـسـَـانُ – manusia Mommy & Baby
طـَعـَـام – makanan Eating Pizza
الـْـمَـآءَ – hujan
صَـبًّا – curahan
الأ َرْضَ – bumi Earth
شـَـقـًّا – belahan
حَبًّا – biji-bijian
عـِـنـَـبـًا – buah anggur
قـَضـْـبـًا – sayur-sayuran Leaf 4
زَيْتـُونـًا – zaitun
نـَـخـْـلاً- pohon-pohon kurma
حَدَائـِق – taman-taman
غـُلـْبًا- menghijau subur Tree 3
فـَاكـِهَــة – buah-buahan
أ َبًّا – bermacam-macam rumput
مَتـَـاعًا – kegunaan
أ َنـْعَام – binatang-binatang ternak Mad Cow

*** Semua perkataan tersebut menunjukkan ‘nama’,
samada;
· Manusia
· Haiwan Baby
· Tumbuhan Flowers
· Benda Cell Phone 2

· Dan lain-lain

DALAM BAHASA ARAB IANYA DIKENALI SEBAGAI ISIM (الإسـْـــم)

(2) Perkataan-perkataan (الكلمات):

(2.i)
يـَـنـظـُر : melihat kepada Kick Me

– menunjukkan perbuatan ‘melihat kepada’ perkara / sesuatu yang;
* akan datang
* sekarang / sedang berlaku
Dalam Bahasa Arab ianya dikenali sebagai fe’el mudhaari’ (الفِـعْـل ُ الـْـمُــضـَارِع)

(2.ii)
صَبَبْ : صَـــبَّ: mencurahkan Cloud
شـَـقـَقـْ : شـَـقَّ : belah-belahkan
َنـْـبَت َ : اَنبَتَ : tumbuhkan Gardening

- menunjukkan perbuatan ‘mencurahkan, belah-belahkan dan tumbuhkan’ perkara / sesuatu yang;
* telah lalu / telah lepas.
Dalam Bahasa Arab ianya dikenali sebagai fe’el maadhii (الفِـعْـل ُ الـْـمـَـاضِى)

*** Semua perkataan tersebut menunjukkan perbuatan pada masa tertentu.

PERKATAAN YANG MENUNJUKKAN PERBUATAN DIKATEGORIKAN SEBAGAI FE’EL
(الفعل)

(3) Perkataan-perkataan (الكلمات):

الإنـسـَـانُ إلَى طـَعـَـامِهِ : إلى : ke Metal Detector
أ َنـَّـا : أن ْ : tiada makna, berfungsi seperti ‘to’ dalam English
ثـُـمَّ : ثـُـمَّ : kemudian
فِـيهَاحَبًّا : فى : pada
وَعـِـنـَـبـًا وَقـَضـْـبـًا (28) وَزَيْتـُونـًا وَنـَـخـْـلا ً: الواو : dan
مَتـَـاعًا لـَّكـُـــمْ وَ ِلأ َنـْعَامِكـُـــمْ: اللام : bagi
فـَـالـْـيـَـنـظـُر، فـَـأ َنـبَتـْـنـَـا: الفاء : maka

*** Semua perkataan tersebut tidak mempunyai makna yang sempurna kecuali apabila ia wujud bersama dengan perkataan lain.

DALAM BAHASA ARAB IANYA DIKENALI SEBAGAI HURUF (الحرف).

القواعد:

1- (Al-kalimah (الكلمة) : perkataan) terbahagi kepada 3 bahagian:

الإسم : nama : noun
الفعـل : perbuatan : katakerja : verb
الحرف
: huruf : particle.

# الكلمة ُ تنقسم إلى ثلاثة أقسام : إسمٌ ، وفعلٌ ، وحرف


1.1- Isim (الإسم) : nama : noun

ialah apa yang dinamakan manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda dan lain-lain atau perkataan tersebut mempunyai makna tetapi tidak terikat dengan masa.

# الإسم : لفظ ٌ يُسَـمـَّى بـِـهِ الأ َشْـياءُ
ما دَلَّ على معــنىً فى نفسه غير مقترن بزمان


1.2- Fe’el (الفعل) : perbuatan : katakerja : verb

ialah apa yang menunjukkan kepada perbuatan pada waktu yang tertentu.

fe’el mudhaari’(الفِـعْـل ُ الـْـمُــضـَارِع): masa kini @ akan datang : present tense @ future tense.

fe’el maadhii (الفِـعْـل ُ الـْـمـَـاضِى): masa lampau @ telah berlaku : past tense @ past participle.

#الفعل : لفظ ٌ يَدُلّ ُ على حصول ِ عَمل ٍ فى زمن مُـعـَـيَّن


1.3- Huruf (الحرف) : particle :

perkataan yang tidak dapat memberi makna yang sempurna kecuali apabila bersambung dengan perkataan lain.

# الحرف : كُـلّ ُ لفظ ٍ لا يظهر معـناه إلا مع غيره


تطبيقات: LATIHAN

(1) # عَــيـَّـن الأ َسـْـمـَـاءَ وَالأ َفـْـعَالَ وَالـْـحُـرُوفَ
.
Tentukan yang mana satukah isim, fe’el dalam huruf dalam ayat-ayat di bawah ini:

i- مُـحـَـمَّـدٌ كـَـاتِـبٌ وَمـُـعـَـلــِّـمٌ – Muhammad adalah seorang penulis dan guru. Teacher

ii- يَـعـِـيشُ الـسـَّــمَــكُ فِى الـْـمـَاءِ – Ikan hidup di dalam air. Snorkel

iii- أ َكـْـتـُـبُ الـدَّرْسَ بـِـالـْـقـَـلـَـمِ – Saya menulis pelajaran dengan menggunakan pen.

iv- ِالـْـمَـسْـجـِـدُ يَبْـعُـدُ مِـنَ الـْـحَـقـْـل – Masjid terletak jauh dari ladang / bendang.

v- إن َّ اللـَّهَ يُـحِـبُّ التـَّـوَّابـِـيـنَ وَيـُـحـِـبُّ الـْـمُـتـَـطـَـهِّـر ِيـنَ – Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyucikan diri.

Jawapan:http://belajar-bahasa-arab-mykrk.blogspot.com/2008/10/jawapan-latihan-pelajaran-2-perkataan.html

Pelajaran 3 :http://belajar-bahasa-arab-mykrk.blogspot.com/2008/11/blog-post.html

# : Untuk rujukan penulis atau pembaca yang sudah mempunyai pengetahuan sedia ada Bahasa Arab

Rujukan :

(1) زكي على سويلم وعبد السميع محمدالسنباطى . تيسير النحو للصف الأول الأعدادى

قدح دار الأمان : الناشر سنديرين برحد بمليزيا (بإذن رئيس قطاع المعاهد بالأزهـر الشريف).موك سورت : 9

(2) جمال الدين محمد بن عبد الله بن مالك رحمهما الله . شرح ابن عقيل على اللالفية. سنقافوره وفينغ مكــــتبة ومطبعة سليمان مرعى . موك سورت: 3

(3) عبد الرحمن بن ركيني .1995. اللغة العربية لتلاميذ المدارس الإبتدائية الدينية لحكومة جوهر السنة الثالثة . سلاغور دار الإحسان : سينر جيميت سنديرين برحد .موك سورت: 3

 (4)Sheikh Abdullah Basmeih. 2001. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al- Qur'an . Kuala Lumpur : DarulFikir m.s 1637-1638

(5) محمد إدريس عبد الرءوف المربوى . ربيع الثانى 1354 هجره قاموس ادريس المربوى عربى – ملايو . بيروت : دار الفكر

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Print