Memaparkan catatan dengan label صرف: saraf: sorf. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label صرف: saraf: sorf. Papar semua catatan

Rabu, April 22, 2009

صرف/SARAF/SORF:WAZAN Feel Thulathi Mazid Biharfin.

Pada keluaran kali ini kita akan mempelajari tentang feel thulathi mazid, iaitu feel yang perkataan induknya terdiri daripada tiga huruf tetapi telah ditambah dengan samada satu, dua atau tiga huruf tambahan. Sila perhati gambarajah di bawah iaitu pada kotak berwarna biru. Kotak yang berwarna kuning ialah pelajaran lalu, manakala merah pula belum kita pelajari lagi.




Kita telah mengetahui bahawa wazan thulathi mujarrad ada enam wazan dan ruba'i mujarrad pula paling mudah diingati kerana hanya mempunyai satu wazan sahaja seperti gambarajah di bawah:



Persoalannya, mengapa perlu wazan-wazan mujarrad ini menjadi mazid pula? (Mujarrad = tiada huruf tambahan, mazid = ada huruf tambahan).

Jawapannya, untuk mudah kita memahaminya ialah sebagaimana perkataan-perkataan Bahasa Melayu mempunyai imbuhan seperti; ___________an, pe_______________an, di____________, be___________________, di___________kan dan lain-lain, begitulah juga Bahasa Arab (malah fungsinya lebih daripada itu).

Seperti juga dalam Bahasa Melayu, kita sepatutnya mengenal pasti yang mana satukah perkataan akar atau asal dan yang manakah imbuhan.

Dalam Bahasa Arab huruf-huruf yang menjadi tambahan telah dicantumkan menjadi ' سـَــأ َلـْــتـُــمـُــونـِــيــهـَــا '.

Sila perhati rajah di bawah, huruf yang berwarna merah adalah huruf tambahan.



Perkataan-perkataan Bahasa Arab terbahagi kepada tiga seperti di bawah ini,

dan feel adalah merupakan 'ibu' kepada perkataan-perkataan lain.
Contoh: مـَــسـْــجـِــدٌ (isim makan / tempat = tempat sujud) adalah berasal daripada perkataan سـَــجـَــدَ (sujud).

Pada keluaran kali ini, kita akan pelajari salah satu daripada wazan-wazan di bawah, iaitu wazan feel thulathi mazid biharf (Feel thulathi yang ditambah satu huruf);



فـَــعـَّــلَ يـُــفـَــعـِّــلُ إ ِفـْــعَـالاً

Fungsi wazan ini ialah;

(1) لـِــلـْــمـُــتـَــعـَــدِّى

Contoh: فـَــرَّحَ ز َيـْــدٌ الأوْلادَ

Zaid menggembirakan anak-anak itu.

عـَــلـَّــمَ = memberitahu

(2) Pengulangan

Contoh: قـَــطـَّعَ

- قـَــطـَــعـْــت ُ اللـَّــحـْــمَ - Saya menghiris / memotong daging.

- قـَــطـَّــعـْــت ُ اللـَّــحـْــمَ - Saya mencincang daging. (potong laju-laju, cepat-cepat --> pengulangan)

(3) تـَــوَجـّـُــه - Menghadap ke arah (makna asal).

Contoh: شـَــرَّقَ - Menuju ke arah Timur.

(4) Menunjukkan Fa'il (orang yang membuat)seumpama asal feel tersebut.

Contoh: حـَــجـَــرَ - batu

حـَــجـَّــرَ الطـِّــيــنَ - Tanah itu telah mengeras, tanah itu seumpama batu kerasnya.

لـَــقـَــدْ حـَــجـَّــرْت َ وَاسـِــعـًــا - Kamu telah menyempitkan benda yang luas (Kamu -seolah-olah- 'keras macam batu'!)

(5) اِحـْــتـِــصـَــار - Ringkasan kepada zikir yang panjang.

Contoh: هـَــلـَّــلَ، سـَــبـَّــحَ ، حـَــمـَّــدَ، كـَــبـَّــرَ

Sebelum berakhir, saya tinggalkan anda dengan perkataan-perkataan ini, cuba analisa yang manakah huruf asal dan yang mana pula huruf tambahan?

أَذ ْهـَــبَ، أ َقـْــرَأ َ، أ َجـْــلـَــسَ، ذ َهـَّــبَ، قـَــرَّأ َ، جـَــلـَّــسَ، قـَــعـَّــدَ، نـَــظـَّـرَ، ذ َاهـَــبَ، قـَــارَأ َ، نـَــاظـَــرَ، جـَــالـَــسَ،قـَــعـَــدَ، كـَــاتـَــبَ، فـَــاهـَــمَ

Tajuk berkaitan:

1. Contoh-contoh feel thulathi mujarrad.
2. Wazan feel thulathi mujarrad (mengikut yang terbanyak digunakan).
3. Wazan feel thulathi mujarrad.
4. Pendahuluan Ilmu Sorf.
5. Wazan feel ruba'i mujarrad.
6. Contoh soalan latihan wazan feel-feel mujarrad.


Rujukan:
1. على الجارم ومصطفى أمين. ١٩٦٢. النحو الواضح فى قواعد اللغة العربية للمدارس الثانوية (الجزء الأول). مصر: دار المعارف. صفحة ٧-٨
2. Rancangan 'Durus Arabiah' Radio Ikim.fm

Rabu, Mac 25, 2009

صرف/SARAF/SORF: Motivasi 2



Sumber:
Dr. Shukri Abdullah. MOTIVASI PELAJAR CEMERLANG. 2006. Penerbitan Nadi Ilmu Sdn. Bhd.

صرف/SARAF/SORF: Tamrin / Latihan Pelajaran 1 & 2


١- بـَيـِّــن ْ بـَــاب كل فعل من افعال الآتية

Tentukan (tulis) 'bab' feel-feel di bawah ini:



٢- (ا) هات الماضى لكل مضارع مما يأتى واذكر بابه، وضع أربعة أفعال فى جملة مفيدة

Datangkan (berikan) feel madhi bagi feel mudhari' berikut beserta 'bab'nya. Bina empat ayat dengan menggunakan mana-mana empat feel daripada perkataan-perkataan berikut:

يـَــرْسـُــم . يـَــكـْـسـِــرُ . يـَــسـْــأل . يـَـمـْــشــِـى

يَـشـْــكر . يـَــغــفــر يـَــعـْــظـُــم . يـَــنـْـز ِل



٢- (ب) اذكر مضارع كل فعل مما يأتى، ثم ضعه فى جملة مفيدة

Sebutkan mudhari' bagi feel-feel di bawah, kemudian bina ayat dengan menggunakan perkataan-perkataan di bawah ini:

تـَــرْجـَــمَ . خـَــرَجَ . شر ِب . فصـُــح . دحـْــرَج


٣- كم صورةً للمضارع إذا كان الماضى مضموم الثانى، وكم صورةً له إذا كان الماضى مفتوح الثانى أو مكسوره مثل لجميع ذلك فى جملة تامة

Berapakah bentuk feel mudhari' jika ain feel madhinya berbaris hadapan?
Berapa pula bentuk feel mudhari' sekiranya ain feel madhinya berbaris atas atau bawah?
Berikan contoh bagi setiap jawapan di dalam ayat yang lengkap.


٤- كـَــو ِّن ْ خمس جمل تشتمل كلّ ٌ منها على مضارع من باب نصر وضرب وفتح وفرح وكرم على الترتيب

Binakan lima ayat yang mengandungi feel mudhari' daripada bab نصر وضرب وفتح وفرح وكرم (nasoro, dhoroba, fataha, fariha dan karuma) mengikut turutan:


٥- اشرح البيتين الآتين وبـَيــِّــن باب كل فعل بهما

Syarahkan dua bait syair berikut dan nyatakan 'bab' setiap feel di dalam bait ini.

لو عـَــرَفَ الإنسان ُ مـِــقـْــدارَهُ **** لـَــمْ يـَــفـْــخـَــر ِ الموْلى عـَــلـَــى عـَــبـْــدِهِ

أ َمـْــس الذى مـَــرََّ على قـُــرْبـِــهِ **** يـَــعـْــجـِــز ُ أ َهـْــلَ االأرض ِ عن رَدِّه



*** Anda digalakkan untuk merujuk kepada ustaz-ustaz yang mahir berbahasa Arab yang berdekatan dengan anda.
*** Sila manfaatkan kamus di laman ini sekiranya anda belum mempunyai kamus lagi.
*** Saya minta maaf, kerana perkataan-perkataan dalam B.Arab kali ini kurang dibariskan (ianya sebagaimana yang terdapat di dalam kitab rujukan saya). Namun saya percaya bahawa anda mampu membacanya bukan?
Funny, Good, Happy, Emotion, Excited, Excite, Silly, Excitement, Hurray, Encouragement, Applause, Groovy, Fun, Great, Awesome, Teriffic, Good Job, Nice Job, Well Done, Best, Encouragement, Fan, Cheering, Success, Fantastic, Cheer Kalau belum kesemuanya, serba sedikit pasti boleh!
*** Pemilik blog ini bukanlah 'pakar' dalam Bahasa Arab.... he he.... sekadar mahu berkongsi.... soalan-soalan di atas pun..... agaknya 'pecah kepala'
Student Head Explodessaya hendak menjawabnya...... 

KANDUNGAN PELAJARAN SORF / SARAF / صرف

Rujukan:
1. على الجارم ومصطفى أمين. ١٩٦٢. النحو الواضح فى قواعد اللغة العربية للمدارس الثانوية (الجزء الأول). مصر: دار المعارف. صفحة ٦-٧

صرف/SARAF/SORF: Pelajaran 2 : الفعل الرباعى المجرد



Hari ini kita akan mempelajari tentang feel ruba'i mmujarrad (tulisan berwarna biru) iaitu feel yang mempunyai empat huruf asal (tiada penambahan huruf di dalam wazan)

Untuk mengingati pelajaran kali amat mudah kerana wazan feel ruba'i mujarrad hanya mempunyai satu wazan sahaja. Iaitu:

فَـعـْــلـَـلَ (feel madhi - telah berlaku / past tense)

يـُــفـَــعـْـلـِـلُ ( feel mudhari' - sedang berlaku @ akan berlaku / present tense)

Di dalam kitab ianya tertulis begini:

أ َمـَّــا الـر ُّبـَــاعـِــى الـْــمـُــجـَـرَّدُ فـَــلـَــهُ وَز َنٌ وَاحـِــدٌ، وَهـُــوَ أ َن ْ تـَــكـُـون َ مـُــضـَــار ِعـُــهُ مَـضـْـمـُــومَ حـَــرْفِ الـْــمـُــضـَارَعـَـةِ مـَــكْـسـُـورَ مـَــا قـَـبـْــلَ الآخــِــر

Maksudnya : Adapun Ruba'i Mujarrad maka baginya satu wazan. Iaiitu hendaklah pada feel mudhari'nya - dibariskan hadapan huruf mudhari'nya (huruf yang pertama, samada: ي ، ت ، أ ، ن) dan bariskan bawah huruf sebelum akhir.

Contoh:


Untuk menjadikan sesuatu feel itu 'akan berlaku', kita hanya perlu menggunakan feel mengikut wazan feel mudhari' dan tambahkan sahaja samada huruf sin berbaris atas (سَ) atau (سـَــوْفَ) pada awal perkataan tersebut.

Contoh:

يـَــنـْـصـُــرُ : dia sedang monolong

سـَــيـَــنـْــصـُـرُ : dia akan menolong (untuk jangka masa terdekat)

سـَــوْ فَ يـَــنـْــصـُــرُ : dia akan menolong (untuk jangka masa lebih jauh atau lama)

KANDUNGAN PELAJARAN SARAF / SORF / صرف

Rujukan:
1. على الجارم ومصطفى أمين. ١٩٦٢. النحو الواضح فى قواعد اللغة العربية للمدارس الثانوية (الجزء الأول). مصر: دار المعارف. صفحة ٦
2.محمد إدريس عبد الرءوف المربوى . ربيع الثانى ١٣٥٤ هجره قاموس ادريس المربوى عربى – ملايو . بيروت : دار الفكر
3. http://www.e-alqamus.com.my/v4/utama.aspx
4. Joyce M.Hawkins. KAMUS DWIBAHASA OXFORD FAJAR. 2006. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Rabu, Februari 18, 2009

صرف/SARAF/SORF: Motivasi 1


Sumber:

Dr. Shukri Abdullah. 2006. MOTIVASI PELAJAR CEMERLANG. Selangor: Penerbitan Nadi Ilmu Sdn. Bhd.

صرف/SARAF/SORF Pelajaran 1.3 : Contoh-contoh Feel Thulathi Mujarrad

فـَــعـَــلَ يـَــفـْــعـَــلُ
Cara mengenali: ain atau lam feel adalah salah satu daripada huruf-huruf halqi atau dalam pelajaran Tajwid ia dikenali sebagai huruf Izhar halqi (إظهار حلقى)
إذا كان عين فعله أو لامه حرفـًـا من حروف الحلق وهى = ء، ه،ع،ح،غ،خ




فـَــعـَــلَ يـَــفـْــعـِــلُ


فـَــعـَــلَ يـَــفـْــعـُــلُ
Wazan yang terbanyak digunakan




فـَــعـِــلَ يـَــفـْــعـَــلُ



فـَــعـِــلَ يـَــفـْــعـِــلُ
Wazan yang amat jarang digunakan


فـَــعـُــلَ يـَــفـْــعـُــلُ
Feel yang berkisar tentang tabiat / sifat manusia dan lazim (لازم) iaitu tidak memerlukan maf'ul bih (prediket)


Perhatian: Setiap feel sudah termaktub wazan-wazan yang tertentu untuknya, kita tidak boleh membariskannya sebarangan atau memasukkannya ke dalam wazan yang salah.

Rujukan:
1.محمد إدريس عبد الرءوف المربوى . ربيع الثانى ١٣٥٤ هجره قاموس ادريس المربوى عربى – ملايو . بيروت : دار الفكر
2. http://www.e-alqamus.com.my/v4/utama.aspx
3. على الجارم ومصطفى أمين. ١٩٦٢. النحو الواضح فى قواعد اللغة العربية للمدارس الثانوية (الجزء الأول). مصر: دار المعارف. صفحة ٥
4. Durus Arabiah Radio IKIM.FM 4 & 5 Januari 2009.
5. علم صرف دان نحو. ڤيرق: ڤرچيتقن ڤوستاك مودا. موك سورت: ٢١-٢٥
6. Daftar Ejaan Jawi: http://www.geocities.com/zainul64/


صرف/SARAF/SORF: Pelajaran 1.4 : KESIMPULAN أوزان الفعل الثلاثى المجرد (Wazan-wazan Feel Thulathi Mujarrad)

COMBINATIONS OF ACTIVE VOICE VERB FORM 1 PATERNS


Sumber: Fundamentals of Classical Arabic m.s 80.

Sabtu, Januari 24, 2009

صرف/SARAF/SORF: Pelajaran 1.2 : أوزان الفعل الثلاثى المجرد (Wazan Yang Terbanyak Digunakan Mengikut Urutan)

Feel Thulathi Mujarrad menurut wazan / bab yang terbanyak digunakan diikuti yang agak kurang penggunaannya dan seterusnya.

Feel Thulathi Mujarrad menurut wazan / bab yang terbanyak digunakan (mengikut urutan):

1. نـَـصـَـرَ يـَـنـْـصُـرُ

2. ضـَـرَبَ يـَـضـْـر ِبُ

3. فـَـتـَـحَ يـَـفـْـتـَـحُ

4. فـَـر ِحَ يـَفـْـرَحُ

5. كـَـرُمَ يـَكــْرُمُ

6. حـَــسـِـبَ يـَـحـْــسـِــبُ

Rujukan:
1. على الجارم ومصطفى أمين. ١٩٦٢. النحو الواضح فى قواعد اللغة العربية للمدارس الثانوية (الجزء الأول). مصر: دار المعارف. صفحة ٥
2. Durus Arabiah Radio IKIM.FM 4 & 5 Januari 2009.

Isnin, Januari 19, 2009

صرف/SARAF/SORF: Pelajaran 1.1 : الفعل الثلاثى المجرد (English Version)

The Second Category of Verbs
With regard to the root letters (الحروف الأصلية) of a verb, they are of two types:


Each of these two types is further divided into two categories:
(1) (مجرد) - the (الماضي) consists of root letters only, without any extra letters.
(2) (مزيد فيه) - the (الماضي) has root letters plus extra letters.

This results in the following four categories:

http://al-xr.ifrance.com/ALFI3L.PHP
Rujukan:
Maulana Ebrahim Muhammad. 2006. FROM THE TREASURES OF ARABIC MARPHOLOGY. Camperdown South Africa: Madrasah In'amiyyah.



Rabu, Oktober 22, 2008

صرف/SARAF/SORF: Pelajaran 1.2 : أوزان الفعل الثلاثى المجرد

أ َوْزَانُ الـْـفـِـعْـل ِ الثـُّــلاَثِـى الـْــمُجَــرَّد


Wazan / Timbangan / Bentuk / Paten

Feel 3 Huruf

(Tanpa Huruf Tambahan)



Keterangan:




* Perbincangan akan tertumpu kepada perubahan baris yang berlaku kepada
(huruf ع/ 'ainul fi'l عَـيْنُ الـْـفِـعْـل/ 'ainul kalimah عَـيْـنُ الـْـكـَـلِـمَـة/ rumah ع)

* Warna biru adalah:

feel madhi الـْــفِــعْــلُ الـْــمَاضِـى:

masa lampau @ telah berlaku :

past tense @ past participle.


* Warna kuning adalah:

feel mudhari' : الـْــفـِــعْــلُ الـْــمُضَار ِعُ:

masa kini @ akan datang :

present tense @ future tense
*****************************************************************************************************************

*Kesemua wazan / paten / bentuk Feel Thulathi (sulasi) Mujarrad , huruf pertamanya iaitu (ف) feel madhi

berbaris atas ( فَ)

*Huruf kedua feel madhi (ع)pula samada berbaris :

- atas عَ

- bawah عِ

- hadapan عُ

..........huruf terakhir baris apa?............ itu kena belajar Ilmu Nahu.............

*****************************************************************************************************************

* Jika (ع) (feel madhi / telah berlaku / past tense)

berbaris atas (فــعَـــل).

Contoh :

- فـَتـَـحَ

- ضَــرَبَ

- نـَـصَــرَ


Maka dalam (feel mudhari' / sedang berlaku / present tense)
baris ( 'ainul fi'l عَـيْنُ الـْـفِـعْـل/ 'ainul kalimah عَـيْـنُ الـْـكـَـلِـمَـة/ rumah ع ) tersebut
samada berbaris:
> atas يَفـْــعَــلُ contoh يَفـْــتـَـحُ

> bawah يـَــفـْـــعِـــلُ contoh يَضْــر ِبُ

> hadapan يَـفـْـــعُــــلُ contoh يَــنـْــصُــرُ

*****************************************************************************************************************

* Jika (ع) (feel madhi / telah berlaku / past tense)
berbaris bawah (فـَــعِــلَ).
Contoh:

- فـَــر ِحَ

- حَــسـِــبَ

Maka dalam (feel mudhari' / sedang berlaku / present tense)

baris ( 'ainul fi'l عَـيْنُ الـْـفِـعْـل/ 'ainul kalimah عَـيْـنُ الـْـكـَـلِـمَـة/ rumah ع ) tersebut samada berbaris:

> atas يَــفـْــعَــلُ contoh يـَــفـْــرَحُ

>bawah يَــفـْــعِــلُ contoh يَــحْــسِــبُ

****************************************************************************************

* Jika (ع) (feel madhi / telah berlaku / past tense)

berbaris hadapan (فـَــعُــلَ).

Contoh:

- حَــسُــنَ

Maka dalam(feel mudhari' / sedang berlaku / present tense)

baris ( 'ainul fi'l عَـيْنُ الـْـفِـعْـل/ 'ainul kalimah عَـيْـنُ الـْـكـَـلِـمَـة/ rumah ع ) tersebut
hanya berbaris:

> hadapan يَــفـْــعُــلُ contoh يَــحْــسُــنُ

*************************************************************************************** 

Jemput layari juga laman ini:

أوزان الفعل الثلاثى المجرد 

صرف/SARAF/SORF: Pelajaran 1.1 : الفعل الثلاثى المجرد

Dalam Pelajaran Sarf yang pertama ini, jika di sekolah Arab / pondok, pelajar akan diajar berkenaan tajuk yang paling asas iaitu الفعل الثلاثى المجرد (berwarna pink dalam rajah di atas).
الفعل الثلاثى المجرد bermaksud feel yang terdiri daripada hanya 3 huruf (tiada huruf tambahan).

Sabtu, September 27, 2008

صرف/SARAF/SORF: Pendahuluan عـِـلـْـمُ الصـَّـرْفِ Sorof (ii)

Sebelum kita pergi jauh lagi. Ada satu perkara yang amat penting diketahui, iaitu kalau dalam pelajaran Matematik kita belajar tentang 'rumah nombor'. Rumah 'se', 'puluh', 'ratus', 'ribu' dan seterusnya. Haa.... dalam ilmu Sorf pun amat amat amat penting untuk pelajar-pelajar mengetahui tentang 'rumah' ni....... aik, rumah mendenye?

Ok, semua feel kena diselaraskan dengan rumah : فـــــعـــــل = ف ع ل

Contoh:

نـَـصـَـرَ يـَـنـْـصـُـرُ

atas wazan / timbangan / bentuk / paten;


فـَـعـَـلَ يـَـفـْـعـُـلُ

Jadi dalam perbincangan;

huruf ن akan digelar / disebut sebagai faa'ul fi'li (فـَـاءُ الـْـفـِعـْـلِ)
huruf ص akan digelar / disebut sebagai 'ainul fi'li (عـَـيـْـنُ الـْـفـِـعـْـلِ)
huruf ر akan digelar / disebut sebagai laamul fi'li (لامُ الـْـفـِـعْـلِ)


Habis huruf ي tu apa halnya menyibuk kat situ? Owh, huruf ي tu ditambah sebagai menunjukkan bahawa;

يـَنـْصـُـرُ adalah feel mudhari' / perbuatan yang sedang dilakukan / present tense / الفعل المضارع

يـَـنـْـصـُـرُ = sedang menolong


Jika tiada huruf ي iaitu نـَصـَرَ sahaja,
ia menunjukkan perbuatan telah dilakukan / feel madhi /past tense / الفعل الماضى

نـَصـَـرَ = telah menolong



Contoh-contoh lain:


قــَـــرَأ - telah baca

أ كـَـلَ - telah makan

ذ َهَــبَ - telah pergi



ق، أ، ذ - faa'ul feel / فـَاءُ الـْـفِـعـْـل / rumah ف

ر، ك، ه -'ainul feel / عَـيـْـنُ الـْـفِـعـْـل / rumah ع

أ، ل، ب -laamul feel / لاَمُ الـْـفِـعـْـل / rumah ل

Rujukan:

Rancangan 'Durus 'Arabiah' radio IKIM.FM


صرف/SARAF/SORF: Pendahuluan عـِـلـْـمُ الصـَّـرْفِ Sorof (i)

Dalam Bahasa Arab, Feel (فــعــل)merupakan ibu / induk kepada perkataan-perkataan lain.
Contohnya: مَـسْــجـِـدٌ (masjid) adalah berasal dari perkataan سـَـجـَـدَ (sujud).

Pada asasnya feel terdiri daripada hanya 3 huruf sahaja.

Contoh:

ذ َهَـبَ - pergiHiker

أكـَــلَ - makanIce Cream Cone

قـَـرَأ - bacaReading


نـَـظـَـرَ - lihat

كـَـتـَـبَ -tulis Studying

جـَـلـَـسَ - duduk Doll

قـَـعـَـدَ - duduk Cat 13

فـَـهـِـمَ - faham

رَأ َى - lihatSunglasses

Namun kadangkala kita terjumpa feel yang hanya mempunyai 2 huruf. Benarkah ia hanya 2 huruf? Cuba teliti kalimah / perkataan di bawah ini.

مَـرَّ Hemm... nampak macam 2 huruf. Cuba kita pecahkan. مـَرَرَ ops, 3 huruf laa.....

قـَـصَّ asalnya قـَـصَـصَ alamak, betullah! 3 huruf.

شـَــدَّ asalnya شـَدَدَ juga 3 huruf.


Rujukan:

Rancangan 'Durus 'Arabiah' radio IKIM.FM



صرف/SARAF/SORF: Kepentingan Mempelajari Ilmu Sorf

KEPENTINGAN MEMPELAJARI ILMU SOROF (الصرف)

Mengetahui sorof (kaji bentuk perkataan) adalah sangat penting kerana dengan perubahan bentuk atau ‘sighah’ sesuatu perkataan, maka perkataan itu akan berubah sama sekali.

Ibnu Faris rahmatullah alaih berkata bahawa seseorang yang tidak mengetahui ilmu sorof sebenarnya telah kerugian banyak perkara.

‘Allama Zamakhshari rahmatullah ‘alaih telah menukilkan dalam kitab Tafsir ‘Ujubat bahawa oleh kerana tidak mengetahui ilmu sorof, ada orang tertentu telah menterjemahkan ayat ini:


يَوْمَ نـَـدْعـُـواْ كـُـــلَّ أ ُنـَـاس بـِـإ ِمـَامِهـِـمْ

"Pada hari kami akan memanggil setiap manusia bersama ibunya.”

Sedangkan terjemahan yang sebenar ialah,


“Pada hari kami akan memanggil setiap manusia bersama pemimpinnya.”


Dia menyangka bahawa perkataan ‘imam’ yang menunjukkan bilangan seorang ‘ketua’ adalah jamak kepada perkataan ‘umm’ yang membawa makna ‘ibu’.


Sekiranya dia mahir dalam ilmu sorof, dia sudah tentu faham bahawa perkataan yang menunjukkan bilangan ramai bagi perkataan ‘umm’ أ ُمٌّ bukanlah ‘imam’ إ مام sebaliknya

‘ummahaat’ أ ُمـَّـهـَـات

Rujukan:

Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya r.alaih. 2002. FADHILAT AL-QUR'AN. Kuala Lumpur : Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s 24


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Print