Ok, semua feel kena diselaraskan dengan rumah : فـــــعـــــل = ف ع ل
Contoh:
نـَـصـَـرَ يـَـنـْـصـُـرُ
atas wazan / timbangan / bentuk / paten;فـَـعـَـلَ يـَـفـْـعـُـلُ
Jadi dalam perbincangan;
huruf ن akan digelar / disebut sebagai faa'ul fi'li (فـَـاءُ الـْـفـِعـْـلِ)
huruf ص akan digelar / disebut sebagai 'ainul fi'li (عـَـيـْـنُ الـْـفـِـعـْـلِ)
huruf ر akan digelar / disebut sebagai laamul fi'li (لامُ الـْـفـِـعْـلِ)
Habis huruf ي tu apa halnya menyibuk kat situ? Owh, huruf ي tu ditambah sebagai menunjukkan bahawa;
يـَنـْصـُـرُ adalah feel mudhari' / perbuatan yang sedang dilakukan / present tense / الفعل المضارع
يـَـنـْـصـُـرُ = sedang menolong
Jika tiada huruf ي iaitu نـَصـَرَ sahaja,
ia menunjukkan perbuatan telah dilakukan / feel madhi /past tense / الفعل الماضى
نـَصـَـرَ = telah menolong
Contoh-contoh lain:
قــَـــرَأ - telah baca
أ كـَـلَ - telah makan
ذ َهَــبَ - telah pergi
ق، أ، ذ - faa'ul feel / فـَاءُ الـْـفِـعـْـل / rumah ف
ر، ك، ه -'ainul feel / عَـيـْـنُ الـْـفِـعـْـل / rumah ع
أ، ل، ب -laamul feel / لاَمُ الـْـفِـعـْـل / rumah ل
Rujukan:
Rancangan 'Durus 'Arabiah' radio IKIM.FM