Sabtu, September 27, 2008

نحو/NAHU : Kepentingan Mempelajari Ilmu Nahu


KEPENTINGAN MEMPELAJARI ILMU NAHU ( النحو) : TATABAHASA

Mengetahui ilmu nahu adalah amat penting kerana dengan bertukar dan berubahnya i’rab
(اِعـْـرَاب - sebutan / baris huruf akhir sesuatu perkataan), maka makna juga akan berubah dan untuk menentukan sesuatu i’rab itu bergantung kepada ilmu nahu.


Rujukan:

Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya r.alaih. 2002. FADHILAT AL-QUR'AN. Kuala Lumpur : Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s 23

صرف/SARAF/SORF: Pendahuluan عـِـلـْـمُ الصـَّـرْفِ Sorof (ii)

Sebelum kita pergi jauh lagi. Ada satu perkara yang amat penting diketahui, iaitu kalau dalam pelajaran Matematik kita belajar tentang 'rumah nombor'. Rumah 'se', 'puluh', 'ratus', 'ribu' dan seterusnya. Haa.... dalam ilmu Sorf pun amat amat amat penting untuk pelajar-pelajar mengetahui tentang 'rumah' ni....... aik, rumah mendenye?

Ok, semua feel kena diselaraskan dengan rumah : فـــــعـــــل = ف ع ل

Contoh:

نـَـصـَـرَ يـَـنـْـصـُـرُ

atas wazan / timbangan / bentuk / paten;


فـَـعـَـلَ يـَـفـْـعـُـلُ

Jadi dalam perbincangan;

huruf ن akan digelar / disebut sebagai faa'ul fi'li (فـَـاءُ الـْـفـِعـْـلِ)
huruf ص akan digelar / disebut sebagai 'ainul fi'li (عـَـيـْـنُ الـْـفـِـعـْـلِ)
huruf ر akan digelar / disebut sebagai laamul fi'li (لامُ الـْـفـِـعْـلِ)


Habis huruf ي tu apa halnya menyibuk kat situ? Owh, huruf ي tu ditambah sebagai menunjukkan bahawa;

يـَنـْصـُـرُ adalah feel mudhari' / perbuatan yang sedang dilakukan / present tense / الفعل المضارع

يـَـنـْـصـُـرُ = sedang menolong


Jika tiada huruf ي iaitu نـَصـَرَ sahaja,
ia menunjukkan perbuatan telah dilakukan / feel madhi /past tense / الفعل الماضى

نـَصـَـرَ = telah menolong



Contoh-contoh lain:


قــَـــرَأ - telah baca

أ كـَـلَ - telah makan

ذ َهَــبَ - telah pergi



ق، أ، ذ - faa'ul feel / فـَاءُ الـْـفِـعـْـل / rumah ف

ر، ك، ه -'ainul feel / عَـيـْـنُ الـْـفِـعـْـل / rumah ع

أ، ل، ب -laamul feel / لاَمُ الـْـفِـعـْـل / rumah ل

Rujukan:

Rancangan 'Durus 'Arabiah' radio IKIM.FM


صرف/SARAF/SORF: Pendahuluan عـِـلـْـمُ الصـَّـرْفِ Sorof (i)

Dalam Bahasa Arab, Feel (فــعــل)merupakan ibu / induk kepada perkataan-perkataan lain.
Contohnya: مَـسْــجـِـدٌ (masjid) adalah berasal dari perkataan سـَـجـَـدَ (sujud).

Pada asasnya feel terdiri daripada hanya 3 huruf sahaja.

Contoh:

ذ َهَـبَ - pergiHiker

أكـَــلَ - makanIce Cream Cone

قـَـرَأ - bacaReading


نـَـظـَـرَ - lihat

كـَـتـَـبَ -tulis Studying

جـَـلـَـسَ - duduk Doll

قـَـعـَـدَ - duduk Cat 13

فـَـهـِـمَ - faham

رَأ َى - lihatSunglasses

Namun kadangkala kita terjumpa feel yang hanya mempunyai 2 huruf. Benarkah ia hanya 2 huruf? Cuba teliti kalimah / perkataan di bawah ini.

مَـرَّ Hemm... nampak macam 2 huruf. Cuba kita pecahkan. مـَرَرَ ops, 3 huruf laa.....

قـَـصَّ asalnya قـَـصَـصَ alamak, betullah! 3 huruf.

شـَــدَّ asalnya شـَدَدَ juga 3 huruf.


Rujukan:

Rancangan 'Durus 'Arabiah' radio IKIM.FM



صرف/SARAF/SORF: Kepentingan Mempelajari Ilmu Sorf

KEPENTINGAN MEMPELAJARI ILMU SOROF (الصرف)

Mengetahui sorof (kaji bentuk perkataan) adalah sangat penting kerana dengan perubahan bentuk atau ‘sighah’ sesuatu perkataan, maka perkataan itu akan berubah sama sekali.

Ibnu Faris rahmatullah alaih berkata bahawa seseorang yang tidak mengetahui ilmu sorof sebenarnya telah kerugian banyak perkara.

‘Allama Zamakhshari rahmatullah ‘alaih telah menukilkan dalam kitab Tafsir ‘Ujubat bahawa oleh kerana tidak mengetahui ilmu sorof, ada orang tertentu telah menterjemahkan ayat ini:


يَوْمَ نـَـدْعـُـواْ كـُـــلَّ أ ُنـَـاس بـِـإ ِمـَامِهـِـمْ

"Pada hari kami akan memanggil setiap manusia bersama ibunya.”

Sedangkan terjemahan yang sebenar ialah,


“Pada hari kami akan memanggil setiap manusia bersama pemimpinnya.”


Dia menyangka bahawa perkataan ‘imam’ yang menunjukkan bilangan seorang ‘ketua’ adalah jamak kepada perkataan ‘umm’ yang membawa makna ‘ibu’.


Sekiranya dia mahir dalam ilmu sorof, dia sudah tentu faham bahawa perkataan yang menunjukkan bilangan ramai bagi perkataan ‘umm’ أ ُمٌّ bukanlah ‘imam’ إ مام sebaliknya

‘ummahaat’ أ ُمـَّـهـَـات

Rujukan:

Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya r.alaih. 2002. FADHILAT AL-QUR'AN. Kuala Lumpur : Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s 24


Selasa, September 23, 2008

HADITH: Solat Istikharah

Solat Istikharah

عَـنْ جَابـِـر ِ بـْـن ِ عَبْدِ اللهِ رَضِـيَ اللهُ عَـنـْهُمَا قـَالَ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلـَّى اللهُ عَـلـَــيْهِ وَسَلـَّمَ يُعـَـلـِّمُـنـَا الإسْـتِـخَـارَة َ فِي الأ ُمُور ِ كَـمَا يُعـَـلـِّـمُـنـَا السُّـورَة َ مِنَ الـْـقـُـرْآن ِ، يَقـُـولُ: إذ َا هَـمَّ أحَدُكُمْ بـِـالأمْر ِ فـَـلـْـيَرْكَعْ رَكْعَتـَـيْن ِ مِنْ غـَـيْر ِ الـْـفـَـر ِيضَةِ، ثـُـمَّ لـْـيَقـُـلْ

اللَّـهُــمَّ إِنـِّـي أَسْــتـَـخِـيْـرُكَ بِعِــلـْْـمِـكَ، وَأَسْــتـَـقـْــدِرُكَ بـِقـُــدْرَتـِكَ
وَأَسْــأَلـُـــكَ مِـنْ فـَــضْــلـِــكَ الـْـعـَـظِــيـْـمِ، فـَـإِنـَّــكَ تـَـقـْــدِرُ وَلا أَقـْـدِرُ
وَتـَـعْـلـَـمُ وَلا أَعْـلـَــمُ، وَأَنـْـتَ عَـلاَّمُ الـْـغـُـيـُـوْبِ
الـلـَّـهُـمَّ إِنْ كـُــنـْـتَ تـَـعْــلـَـمُ أَنَّ هـَذ َا الأَمْـرَ خـَيـْـرٌ لـِــي فِــي
( دِيـْــنِــي وَمَعـَـاشِــي وَعَــاقِـبَـةِ أَمْـرِي، - أوْ قـَـالَ عـَـاجـِـل ِ أ َمْر ِى وَآجـِـلِهِ)
فـَـاقـْـدُرْهُ لِـي وَيَسِّـرْهُ لِــي ثـُــمَّ بَـارِكْ لِـي فـِـيْهِ
وَإِنْ كـُـنـْـتَ تـَـعْـلـَـمُ أَنَّ هَـذ َا الأَمْـرَ شَـرٌّ لِــي
( فِي دِيـْــنِـي وَمَـعَـاشِـي وَعَـاقـِـبَـةِ أَمْـرِِي، - أوْ قـَـالَ فـِـى عـَـاجـِـل ِ أ َمْر ِى وَآجـِـلِهِ)
فـَاصْر ِفـْـهُ عَــنـِّي وَاصْـر ِفـْنِـي عَـنـْهُ وَاقـْدُرْ لِيَ الـْخَـيْرَ حَـيْثُ كَانَ ثـُـمَّ أَرْضِـنِي بـِـهِ
َيُسَـمَّى حَـاجـَـتـُـهُ

رواه البخارى، باب ما جاء فى التطوع مثنى مثنى، رقم 1162
Dari Jabir bin Abdullah r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w mengajarkan kami cara melakukan istikharah (memohon kepada Allah untuk menunjuki cara yang benar mengenai sesuatu kerja atau amalan), dalam segala hal sebagaimana baginda mengajar kami surah-surah dari Al-Qur'an.
Baginda s.a.w bersabda: Jikalau salah seorang daripada kamu berniat melakukan sesuatu pekerjaan, maka kerjakanlah dua rakaat solat sunat dan berdoa:

اللَّـهُــمَّ إِنـِّـي أَسْــتـَـخِـيْـرُكَ بِعِــلـْْـمِـكَ، وَأَسْــتـَـقـْــدِرُكَ بـِقـُــدْرَتـِكَ
وَأَسْــأَلـُـــكَ مِـنْ فـَــضْــلـِــكَ الـْـعـَـظِــيـْـمِ، فـَـإِنـَّــكَ تـَـقـْــدِرُ وَلا أَقـْـدِرُ
وَتـَـعْـلـَـمُ وَلا أَعْـلـَــمُ، وَأَنـْـتَ عَـلاَّمُ الـْـغـُـيـُـوْبِ
الـلـَّـهُـمَّ إِنْ كـُــنـْـتَ تـَـعْــلـَـمُ أَنَّ هـَذ َا الأَمْـرَ خـَيـْـرٌ لـِــي فِــي
( دِيـْــنِــي وَمَعـَـاشِــي وَعَــاقِـبَـةِ أَمْـرِي، - أوْ قـَـالَ عـَـاجـِـل ِ أ َمْر ِى وَآجـِـلِهِ)
فـَـاقـْـدُرْهُ لِـي وَيَسِّـرْهُ لِــي ثـُــمَّ بَـارِكْ لِـي فـِـيْهِ
وَإِنْ كـُـنـْـتَ تـَـعْـلـَـمُ أَنَّ هَـذ َا الأَمْـرَ شَـرٌّ لِــي
( فِي دِيـْــنِـي وَمَـعَـاشِـي وَعَـاقـِـبَـةِ أَمْـرِِي، - أوْ قـَـالَ فـِـى عـَـاجـِـل ِ أ َمْر ِى وَآجـِـلِهِ)
فـَاصْر ِفـْـهُ عَــنـِّي وَاصْـر ِفـْنِـي عَـنـْهُ وَاقـْدُرْ لِيَ الـْخَـيْرَ حَـيْثُ كَانَ ثـُـمَّ أَرْضِـنِي بـِـهِ

" Ya Allah, Aku meminta pilihan kepadaMu dengan pengetahuanMu dan aku memohon keputusan dengan kekuasaanMu dan aku memohon kepadaMU dari keutamaanMu yang besar, sesungguhnya Engkau mampu sedangkan aku tidak mampu dan Engkau mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkau mengetahui urusan-urusan yang ghaib.
Ya Allah, jikalau Engkau mengetahui bahawa urusan ini baik bagiku dalam
(agamaku dan kehidupanku serta akhir urusanku, atau sebut buat masa kini dan akan datang)
maka takdirkanlah bagiku dan mudahkanlah bagiku kemudian berkatilah aku di dalamnya.
Apabila Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku
(dalam agamaku, kehidupanku dan akhir urusanku,atau sebut buat masa kini dan akan datang)
maka singkirkanlah ia daripadaku dan takdirkanlah kebaikan bagiku di mana pun jua kemudian jadikanlah aku reda dengannya.
Rasulullah s.a.w menambahkan bahawa seseorang boleh menyebut masalah / keperluannya selepas membaca هَذ َا الأمْرُ / urusan ini.

(Hadith riwayat Imam Bukhari r.alaih. Bab solat sunat dua rakaat, dua rakaat. bil. 1162)


On the authority of Jabir Ibn Abdullah r.anhuma, he said:

"The Prophet r would instruct us to pray for guidance in all of our concerns, just as he would teach us a chapter from the Quran. He r would say "If any of you intends to undertake a matter then let him pray two supererogatory units (two rakaah nafilah) of prayer and after which he should supplicate:

‘O Allah, I seek Your counsel by Your knowledge and by Your power I seek strength and I ask You from Your immense favour, for verily You are able while I am not and verily You know while I do not and You are the Knower of the unseen.

O Allah, if You know this affair -and here he mentions his need-

to be good for me in relation to my religion, my life, and end, then decree and facilitate it for me, and bless me with it,

and if You know this affair to be ill for me towards my religion, my life, and end, then remove it from me and remove me from it, and decree for me what is good wherever it be and make me satisfied with such."

One who seeks guidance from his Creator and consults his fellow believers and then remains firm in his resolve does not regret, for Allah has said:
(chapter 3 verse 159)
‘…and consult them in the affair. Then when you have taken a decision, put your trust in Allah…’

Nota:
Bagaimana Allah s.w.t menjawab permohonan ini?
Al-Qur'an menunjukkan bahawa Allah s.w.t akan memberi ilham kepada peminta itu, sama ada baik atau buruk, seperti dalam surah al-Syams: 7-8, bermaksud: "Demi jiwa manusia dan yang menyempurnakannya. Maka Allah mengilhamkan kepada jiwanya tentang buruk dan baiknya."
Ilham adalah pemberitahuan Allah kepada manusia biasa. Ia akan datang pada bila-bila masa sahaja. Ada juga hadith yang menyebutkan alamat itu datang melalui mimpi.

Rujukan:
(2)فضيلة الشيخ محمد يوسف الكاندهلوى رحمه الله تعالى عنه. 1418ه. الأحاديث
المنتحبة . الهند : مكتبة فيض عام. موك سورة: 141-142
(3)Maulana Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi. MUNTAKHAB AHADITH (Terjemahan B. Melayu). 2004. Kuala Lumpur: Klang Book Centre. m.s. 247-248
(4)Haji Mohamad Jajuli Abd. Rahman. SOLAT-SOLAT SUNAT. 2005. Selangor: Wholesale-mart Business Point Sdn. Bhd. m.s 69

Rabu, September 03, 2008

DOA : Kelebihan 2 Ayat Terakhir Surah Al-Isra'

Doa / Zikir Agar Hati Tidak Mati
قال النبي صلى الله عليه وسلم : من قرأ فى صبح أو مساء : (قل ادعو الله أو ادعواالرحمن أياما تدعوا فله الأسماء الحسنى) إلى آخر السورة لم يمت قلبه ذلك اليوم ، ولا فى تلك الليلة. رواه الديلمى عن أبى موسى رضى الله عنه -كنز
Maksud Hadith:
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesiapa membaca pada waktu pagi atau petang :
قـُـل ِ ادْعـُـواْ الـلَّهَ أ َو ِ ادْعُـواْ الرَّحْـمَـٰـنَ ۖ أ َيـًّـامـَّا تـَـدْعـُواْ فـَـلـَـهُ الأ َسـْـمـَآءُ
الـْـحـُـسْـنـَـىٰ ۚ وََََلا َ تـَـجـْـهـَرْ بـِـصَـلا َتِكَ
وَلا َ تـُـخـَـافِـت ْ بـِـهَا وَابْتـَـغ ِ بَـيْـن َ ذ َٰ لِكَ سَبـِيلا ً۝
وَقـُـل ِ الـْـحَمْدُ لِـلَّهِ الـَّـذِى لـَمْ يَـتـَّـخِـذ ْ وَلـَـدًا وَّلـَـمْ يَـكـُن لـَّـهُُۥ شـَـر ِيكٌ فِى الـْمُـلـْـكِ
وَلـَـمْ يَكـُن لـَّـهُۥ وَلِـىٌّ مِّنَ الذ ُّلِّ ۖ وَكـَـبِّـرْهُ تـَـكـْـبـِـيرًا۝

Terjemahan ayat Qur'an:
110
Katakanlah (wahai Muhammad): Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
111
Dan katakanlah: Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!

Surah Al-Isra’ (110-111)

Kelebihan:
tidak akan mati hatinya pada hari itu dan malamnya."

Hadith riwayat Ad-Dailamiy daripada Abu Musa r.a. (kanz)
ayat ini adalah salah satu ayat yang terdapat dalam doa manzil
Rujukan:
  1. أحمد عبد الجواد . الدعاء المستجاب من الحديث والكتاب. دمشق، بيروت : دار ابن كثير

HADITH: Maaf Dan Mengabaikan Orang Yang Kurang Cerdik

Maaf dan mengabaikan orang yang kurang cerdik
عَنْ أ َنـَـس ٍ رَضِىَ الـلَّهُ عَـنـْـهُ قــَالَ : كـُنـْـتُ أ َمْشـِـى مَعَ رَسُول ِ اللَّهِ صـَـلـَّى اللَّهُ عَلـَـيْهِ وَسَــلـَّــمَ وَعَـلـَـيْهِ بُرْدٌ نـَـجْرَانِـــيّ ٌ غـَـلـِـيظ ُ الـْـحَاشِيَةِ فـَـأ َدْرَكَـــهُ أ َعْرَابـِـيٌٌّ فـَجَبَذ َهُ بـِـرِدَائِهِ جَبْذ َة ً شـَـدِدَة ً، فـَـنـَـظـَرْتُ إلـَى صـَفـْحَةِ عَاتِق ِ النـَّبـِىِّ صَلـَّى اللَّهُ عَلـَيْهِ وَسَـلَّـم وَقـَـدْ أ َثـَّـرَتْ بـِـهَا حَـاشـِـيَة ُ الـْـبُرْدِ مِنْ شـِـدَّةِ جَبْذ َتِهِ ثـُـمَّ قـَالَ : يـَـا مُـحـَـمَّـدُ، مُرْ لـِى مِنْ مـَـال ِ اللَّهِ الَّذِى عِـنـْـدَكَ فـَـالـْـتَفـَـتَ إلـَـيـْـهِ فـَـضـَـحِكَ ثـُـمَّ أ َمَرَ لـَـهُ بـِـعِطـَاءٍ

مُتـَّـفـَـقٌ عَـلـَـيْهِ

Daripada Anas r.a berkata: Tatkala saya berjalan bersama-sama Nabi s.a.w sedang Nabi memakai selendang Najran yang tebal, tiba-tiba bertemu seorang Badwi (orang Arab dusun) lalu menarik serban itu sekuat-kuatnya. Maka aku melihat pada leher Nabi s.a.w - berbekas pada leher Nabi akibat rentapan tersebut. Kemudian Badwi itu berkata: Hai Muhammad, berikan kepadaku dari harta Allah yang ada padamu. Maka Rasulullah s.a.w. menoleh kepada Badwi itu sambil tersenyum, kemudian Nabi menyuruh pembantunya untuk memberikan kepada Badwi itu permintaannya.

(Hadith muttafaq ‘alaih)

*************************************************************************************************************************************************************


عَنْ أ َنـَـس ٍ رَضِىَ الـلَّهُ عَـنـْـهُ قــَالَ
Daripada Anas r.a berkata

كـُنـْـتُ أ َمْشـِـى مَعَ رَسُول ِ اللَّهِ صـَـلـَّى اللَّهُ عَلـَـيْهِ وَسَــلـَّــمَ
Tatkala saya berjalan bersama-sama Nabi s.a.w

وَعَـلـَـيْهِ بُرْدٌ نـَـجْرَانِـــيّ ٌغـَـلـِـيظ ُ الـْـحَاشِيَةِ
sedang Nabi memakai selendang Najran yang tebal,

فـَـأ َدْرَكَـــهُ أ َعْرَابـِـيٌٌّ
tiba-tiba bertemu seorang Badwi (orang Arab dusun)

فـَجَبَذ َهُ بـِـر ِدَائِهِ جَبْذ َة ً شـَـدِدَة
lalu menarik serban itu sekuat-kuatnya

فـَـنـَـظـَرْتُ إلـَى صـَفـْحَةِ عَاتِق النـَّبـِىِّ صَلـَّى اللَّهُ عَلـَيْهِ وَسَـلَّـمَ
Maka aku melihat pada leher Nabi s.a.w

وَقـَـدْ أ َثـَّـرَتْ بـِـهَا حَـاشـِـيَة ُ الـْـبُرْدِ مِنْ شـِـدَّةِ جَبْذ َتِهِ
- berbekas pada leher Nabi akibat rentapan tersebut.

ثـُـمَّ قـَالَ
Kemudian Badwi itu berkata:

يـَـا مُـحـَـمَّـدُ مُرْ لـِى
Hai Muhammad, berikan kepadaku

مِنْ مـَـال ِ اللَّهِ الَّذِى عِـنـْـدَكَ
dari harta Allah yang ada padamu.

فـَـالـْـتـَــفـَـتَ إلـَـيـْـهِ فـَـضـَـحِكَ
Maka Rasulullah s.a.w. menoleh kepada Badwi itu sambil tersenyum,

ثـُـمَّ أ َمَرَ لـَـهُ بـِـعِطـَاءٍ
kemudian Nabi menyuruh pembantunya untuk memberikan kepada Badwi itu permintaannya


مُتـَّـفـَـقٌ عَـلـَـيْهِ
(Hadith muttafaq ‘alaih)


Rujukan:
H. Salim Bahreisi. 1977. Terjemahan Riadus Solihin Jilid 1. Bandung: P.T. Al-Ma’arif. m.s 520 hadith 3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Print