Isnin, Februari 02, 2009

اللغة العربية/LUGHAH/BAHASA: Pelajaran 3.1 : ال (alif lam)

Dalam Pelajaran kali ini kita akan mempelajari tentang:

الإسم النكرة : Kata Nama Am
(contoh-contohnya adalah semua perkataan yang telah kita pelajari dalam Pelajaran 1 dan 2)
http://belajar-bahasa-arab-mykrk.blogspot.com/2008/11/bahasa-pelajaran-1-kamus.html

الإسم المعرفة : Kata Nama Khas
Salah satu cara mengenalinya mudah saja iaitu dengan menambah 'ال' pada awal perkataan-perkataan tersebut.
Maka, jika diterjemahkan:

contoh:

بـَـيـْتٌ = rumah

الـْـبـَـيـْـتُ = rumah itu

Seterusnya sila perhatikan contoh-contoh berikut:


بـَـيـْـت ٌ : الـْــبـَــيـْــتُ

كـِــتـَــابٌ : الـْــكـِــتـَــابُ

قـَــلـَـمٌ : الـْــقـَــلـَـمُ

جـَــمـَــلٌ : الـْــجـَــمـَــلُ

الـْــقـَــلـَـمُ مـَــكـــسـُــورٌ

الـْــبـَــابُ مـَــفـْــتـُــوحٌ

الـْــوَلـَــدُ جـَــالـِــسٌ وَالـْــمـُــدَرِّسُ وَاقـِــفٌ


Sila manfaatkan kamus-kamus yang ada untuk mengetahui makna perkataan-perkataan di atas sebelum mykrk berikan nanti.

PERINGATAN!

'ال' dan tanwin (ً / ٍ / ٌ ) TIDAK BOLEH ada kedua-duanya dalam satu perkataan.
Sesuatu perkataan (isim) hanya boleh menerima samada 'ال' ATAU tanwin (ً / ٍ / ٌ )

ُ (baris satu hadapan)
ٌ (baris dua hadapan)
maaf jika agak mengelirukan. Masalah teknikal.


Rujukan:
الدكتور ف. عبد الرحيم. دروس اللغة العربية لغير الناطقين بها (الجزء الأول). المملكة العربية السعودية وزارة التعليم العالي الجامعة الإسلامية المدينة المنورة

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Print