Selasa, Julai 28, 2009

Berita Terkini



Assalamualaikum. Apa khabar semua? Blog baru saya belumlah siap sepenuhnya, tapi saya sudah tak sabar untuk tulis post terbaru..... Untuk mengikutinya anda bolehlah klik di sini untuk post semalam dan di sini untuk entri hari ini.

Hari ini saya kongsikan video pelajaran Bahasa Arab Tahun satu. Selalunya saya suka buka buku teks Bahasa Arab tahun satu anak saya dan menyanyikan lagu-lagu yang terdapat di dalamnya. Anak saya ketawakan jer...... "bukan macam tu, dengar sini Wafiy nyanyi, ustazah ajar macam ni......."

Bila tengok video ni, hemmm sama macam yang ustazah anak saya ajar..... anak-anak ni cepat je 'tangkap' kalau dilagukan.....

Anda ingin menonton videonya? Sila klik sini: http://www.arabmykrk.com/komunikasi-dialog-asas/belajar-bahasa-arab-sk-tahun-1.html

Saya suka sangat pelajaran Bahasa Arab ni, sebab dulu semasa pelajaran Bahasa Arab masih dalam peringkat percubaan diajarkan di sekolah-sekolah kebangsaan pada tahun 2000, saya adalah antara gurunya. Tapi baru masuk bulan ketiga, kelas saya itu dibubarkan atas alasan belum diwajibkan....

Apabila Bahasa Arab diajarkan di semua sekolah, saya adalah antara orang yang paling gembira........ alhamdulillahi kathiron toyyiban mubaarokan fiiiiiih....

Mahu melihat update terbaru kawan-kawan saya?
klik sini http://www.arabmykrk.com/kawan atau di sini http://klikjuga.blogspot.com/

Dalam kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 57 orang kawan yang melanggan update blog ini melalui e mail. Besarlah harapan saya agar kerjasama ini dapat diteruskan di blog baru nanti kerana insyaAllah mulai 1 Ramadhan pautan ke blog ini akan saya refreskan terus ke ArabMykrk.com. Anda bolehlah berbuat demikian di sini : Subscribe to ArabMykrk.com by Email.Walau bagaimanapun daripada 57 orang pelanggan tersebut, ada beberapa orang yang tidak mengesahkan langganan mereka. Adalah penting untuk anda memasukkan email yang memang anda gunakan kerana pihak feed burner akan menghubungi alamat email yang anda berikan itu untuk pengesahan. Setelah disahkan, barulah update blog dapat di hantar ke alamat tersebut.

Sekian, harap dalam makluman kawan-kawan semua. Terima kasih.


Undergoing MyBlogLog Verification

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Print